Saturday, January 19, 2013

Melaka

Entah bila ye tarikh aku mula sampai ke Melaka. Seingat-ingat aku mungkin bulan 5. Abah n Cik Man yang hantar. Masa abah nak balik aku sedih. Aku terpaksa susahkan abah lagi. Begitulah kasih seorang "abah" kepadaku. Sanggup menghantar aku jauh hingga ke Melaka. Masa tu abah x banyak duit. Memang aku rasa sedih. Sekarang aku dapat rasakan hampanya seorang "abah" bila anak yang diharapkan membawa sebuah kejayaan untuk ditunjukkan kepadanya dan boleh membanggakan dirinya disalah erti oleh anaknya. Mimi dah habis study tapi lom amik "degree" nya lagi. Atas alasan lom bayar duit yuran. Dah bertahun..Sekarang dah kahwin.Abah memang nampak keciwaa..
Sambung balik citer aku. Kelakar sangat dan ianya menjadi kenangan manis . First time aku sampai kat kolej tu, aku x pakai tudung. Tetiba seseorang perempuan menegurku apabila aku sedang mengangkat beg keluar dpd bonet keta. Dia menyuruhku memakai tudung. Nasib baik aku bawak 3 helai tudung . Sejak itulah aku mula bertudung. Kat situ sume pompuan. Ada yang garang mcm rimau. Terjerit-jerit memanggil "freshie" untuk menjalankan minggu orientasi selama seminggu. Melecet-lecet kaki aku. Almaklum lah..kena pakai kasut tutup.Kulit mcm kulit bawang, pakai kasut mahal pun jahanam kasut dengan kaki aku sekali. Semua tu dah jadi kenangan .
Lebih kurang 2 tahun aku kat kolej tu. Dalam masa tu aku kenal sorang mamat ni.Aku ingat orang negeriku. Aku sukala kwn dengan dia. Tetapi rupanya dia orang Utara. Dah suka, teruskan sajala. Dalam masa yang sama, aku berkawan dengan kawan lama tempat kelahiranku yg tiba-tiba wujud mencariku sehingga ke Melaka. Hairan juga mamat ni. Sanggup dia tunggu aku. Tapi aku x suka padanya memandangkan dia seorang "pengongkong".I hate...Akhirnya aku suruh dia pilih gadis lain untuk dijadikan teman hidupnya..selepas aku berkahwin ada beberapa kali aku terserempak dengan "dia" . Tapi yang peliknya dia seakan melarikan diri apabila nampak aku. X pe la. Suka hati engkaula. janji masing-masing bahagia dengan kehidupan sendiri.

No comments:

Post a Comment