Thursday, December 12, 2013

Tanggungjawab aku dan kau

.... "Selagi tanggungjawab tersebut dipenuhi oleh suami dan isteri, perkahwinan itu akan menjadi teratur dan utuh. Jadi untuk dapat memenuhi tanggungjawab masing-masing, suami dan isteri mesti mempunyai ‘iman’. Tanpa ‘iman seseorang tidak akan dapat memenuhi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami dan kontrak perkahwinan akan berakhir dengan perceraian.."

Aku ambil petikan itu dari sebuah laman web mengenai kajian dalam perkahwinan. Adakah kau tahu kesemua tanggungjawab ko terhadap aku dan anak-anak??? Tentunya tidak..kau membiarkan kami terumbang ambing , kami tidak selamat di dunia dan akhirat...Oh tidak..Kami mahukan kebaikkan di dunia dan akhirat. Aku juga sedar bahawa aku tidak sebaik Siti Aisyah. tetapi aku menyedari tanggungjawabku itu dan aku berusaha untuk menunaikannya. 

Setiap akhir tahun, dia mengulangi perkara yang sama. Tidak peduli dengan keperluan persekolahan anak-anak. Kami mempunyai 3 orang anak tetapi lagaknya seolah2 tidak mempunyai seorang anak pon. Kesemua persekolahan anak seakan-akan menjadi tanggungjawabku sebagai isteri dan ibu. Selama ini dia juga tidak mempedulikan tanggungjawab keatas diriku. kami hanya diberikan makan dan tempat tinggal yang mana aku yang menyempurnakannya menjadi kediaman yang selesa. Pakaianku...dalam dan luar...semuanya aku beli sendiri dari hasil wang gajiku. Aku redha kerana seawal perkahwinan lg aku terpaksa membeli sendiri segalanya dengan rahmat Allah. Aku dah terbiasa sehingga kini. Suaraku masih belum berakhir dengan kerap mengingatkan akan tugasnya sebagai suami , ayah dan yang paling penting "KETUA". 

Berbalik kepada petikan itu, sesungguhnya kami sememangnya tidak teratur dan utuh sejak dari dulu lagi. Perlukah aku menghormati dirinya kerana dia apla dan sering mengutamakan kerjayanya. Ibaratnya aku dan anak-anak dibiarkan mengharungi hidup seakan-akan tanpa dirinya. Banyak perkara yang tidak ditunaikan keatas kami. Aku seperti ibu tunggal. Segalanya terpikul dibahu ku. Aku sering memohon kekuatan itu dari Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Aku sendiri menjadi buntu. Anak-anak semakin membesar dan mula kelihatan mewarisi sikap ku dan sikap dia. Sikap ku yang pemarah dan suka memberontak berbanding sikapnya yang memberontak dalam senyap. Penipu....18 tahun usia perkahwinan ini...aku hanya ditarbiah dengan penipuannya. Aku ada HBP pon sebab stress yang amat dengan dirinya. Jika aku sakit, aku sendiri yang membayar bil. jadi dimana hak aku sebagai seorang isteri. Nak membimbing aku kepada jalan yang diredhai Allah....tidak pernah sama sekali. Aku hanya menyedari aku sebagai seorang Islam dan isteri dan aku mesti tahu akan tanggungjawab itu. Aku memohon dari Allah agar menjadikan aku insan yang disayangiNya. Insan yang diberikan Hidayah..dirahmati dan dipimpin kepada jalan kebenaran . Dan itulah peringatan aku kepada anak-anak. Sedih sangat2 sebab "ketua" dalam kehidupan kami tidak suka memberikan peringatan ke Jalan Allah. 

Aku berharap sekiranya ada dikalangan di luar sana membaca ceritaku ini, aku mohon doa kalian. Hanya Allah yang akan membalas kebaikkan kalian itu. 

No comments:

Post a Comment