Sunday, July 6, 2014

Betul ker????

Hari ini adalah Ramadhan yang ke 8. Sesungguhnya aku dah beraya 4 hari awal. Biasa bagi seorang pompuan bercuti setiap bulan. Allah sangat memberi keistimewaan kepada semua wanita di muka bumi ini. Bertuah sungguh kaum hawa.

Hari ni aku x ader mood nak memasak untuk iftar memandangkan anak-anak teringin ke bazar sahaja. Bapa mereka mahu makan nasi di rumah masakan ibunya . Sejak disahkan penyakit pembunuh secara senyap, banyak seleranya tidak menentu. Kuantiti menu juga hanya sekadar mengalas perut kerana dia tidak selesa jika mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.

So petang tadi aku hanya memanaskan lauk-lauk yang ader di dlm esbok. Kelakunya juga berubah sejak sakit. Tidak boleh ditegur malah selalu ponteng dengan tanggungjawabnya. Stress aku....Tapi aku cuba bersabar dengan karenah barunya. Kekadang aku terhilang sabar juga. Sedihhh.....Hari ni aku xdapt menahan airmata bila berbicara . Aku seakan sendirian melalui semua ini...Ya Allah Yang Maha Mengasihani dan Maha Penolong...hanya Kau tempat ku mengadu dan meminta pertolongan. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang ada dalam hatiku. Ameennnn...

No comments:

Post a Comment