Wednesday, April 8, 2015

Siapa aku sebenarnya......

Jika diberi sedulang emas atau ilmu syurga,yg akn ku pilih ialah ilmu itu kerana ianya kekal serta berupa ganjaran dr Allah. Sehingga kini saat itu sentiasa ku harapkan agar ada seseorang yg akn mnyampaikannya kpd ku.Alangkah bahagia kan. Hidup di bumi Allah seakan berada di suatu tempat yang sarat dgn timbunan bangunan tinggi yang menghalang pandanganku ke luar..keinginan memandang sesuatu yang indah..mendamaikan dan mengisi keinginan hati ini.Hanya Allah yang mendengar isi hatiku...memahami ku..mengetahui segala2nya. Tak terkeluar dengan kata-kata untuk meluahkannya. Diri ini ibarat sedang menggalas satu yang besar.Walaupun aku x mampu..tapi aku kena mampu untuk menggalasnya. Perjalanan hidup yang seakan sendiri...dipergunakan untuk memudahkan yang lain. Segalanya aku perlu atasi sendiri sedangkan mereka juga mempunyai tempat itu.Aku mempunyai tempat itu hanya pada nama sahaja. Allah mendengar doa dan harapanku...Aku memang mengadu kepadaNya.Aku mohon perlindungan dariNya. Segala-galanya ku pinta dari Maha Pencipta. Hanya Dia yg sering berada dihati ini walaupun kadang kala aku kerap lalai yg sengaja.Ya Allah...ampunkan hambamu ini...

No comments:

Post a Comment