Sunday, February 14, 2016

Cuti Tahun Baru Cina

Seminggu yang diberikan oleh gomen utk warga sekolah bercuti. Sudah tentu ramai yang mengambil peluang untuk bercuti samada ke tempat percutian atau balik kampung. Seronoknya bila cuti. Tapi bagi aku, ianya tiada kelainan sebab kami hanya di rumah sahaja. Kotak pemikiran juga tak berkembang kemana. Nasib la. Anak-anak merengek juga untuk berjalan. Tapi almaklum mereka mendapat seorang emak yang kedekut. Bukan kedekutla.....mak kamu ni kena juga fikir perbelanjaan esok lusa nak oi. Kita bukan orang senang. Mama gaji ciput je. Semoga rezeki itu kita kongsi bersama yer nak. Aku selalu mohon kepada pemberi rezeki supaya rezeki ku dicukupkan demi untuk anak-anak ku. Gajiku rezekiku untuk mereka. Kalau lebih aku bagi pd mak sikit. Tapi aku tetap bagi walau sikit. 

Hari ini hari last cuti. Hari ini aku kena menghantar anak bujang balik ke kolej. Dan hari ini juga aku memberanikan untuk bertanya mengenai sesuatu yang ku ragui sejak Khamis yang lalu. Jawapan yang sama saja akan kuterima setiap kali aku bertanya. Aku penat. Penat untuk meneruskan hubungan ini yang entah membawa ku kemana. Syurga cita-citaku...menjadi sesuatu yang disukai Allah adalah harapanku....Tapi bagaimana jika insan yang sepatutnya memimpin ku ke situ tiada. Bila lau di kawasan masjid , kelihatan deretan kereta yang banyak, naluriku berkata-kata...alangkah bestnya kalau aku dengan memperagakan busana muslimahku yang berada di dalam lemari ke tempat itu. Hati ini selalu meronta-ronta untuk ke situ. Kadangkala aku sendirian merasa hiba dengan diri ku. Masih jahil, masih bodoh, masih tidak tahu...Tapi...kenapa aku sendiri x kuatkan semangatku ke situ. Itulah juga persoalan yang diberikan oleh anak gadisku..Mama..bila mama nak bawa kakak ke masjid.. Aku diam seribu bahasa. Wahai anak....ibumu ingin sekali ke sana nak...

Beberapa hari yang lepas...dia membawa aku ke pasar malam untuk membeli lauk dan sedikit barang dapur. Segalanya dia yang bayar. Tidak seperti biasa kerana selalu aku yang menghulurkan duit kepada peniaga. Hatiku tertanya-tanya....Pulang ke rumah, dia memberitahu bahawa dia perlu bekerja malam dan dia memberitahu akan membawa kami untuk makan malam di luar selepas maghrib. Aku bersetuju dan memberitahu anak-anakku akan hasrat ayah mereka. Seperti yang dirancang, kami semua makan di luar dan dia membayar harga makanan pada malam itu. Selepas selesai, kami dihantar pulang ke rumah dan dia keluar pergi ke pejabatnya. Pukul 2.30 baru dia pulang ke rumah. Alasannya kereta rosak. Iyer la...malas nak tanya lebih2. Keesokannya hari, aku sengaja mencari jawapan untuk kesangsian itu. Dan hari ini, aku memberanikan diri bertanyakan kesangsian itu. Bagaimana sesuatu yang aku tidak suka berada hampir dengan kehidupan ku. Sesuatu yang aku sendiri tidak suka malah agama kita juga melarangnya kerana ia haram disisi agama kita. Aku penat.....dan bagaimana jika esok adalah hari terakhirku...

Wahai anak-anakku....jika kamu membaca coretan ibumu ini, jangan bersedih dan jangan marah. Inilah nukilan dan luahan hati ibumu...Hanya Allah yang selalu mendengar luahan hati mama. Semoga anak-anak mama menjadi anak-anak yang terbaik .