Thursday, January 24, 2013

Tipah tertipu

Aku nak kawin dengan orang yang bertanggungjawab. Tak kaya pun x per..janji jangan tipu aku. Memang masa tu aku sangat marah, sangat sedih dan sangatttttttttt keciwaaaaaaaaaaaaa. Mana x nyee...duit yang aku beri utk baya keta dgn bil digunakannya untuk kepentingan dirinya.Bila aku tanya macam2 helahnya. Masa tu aku memang dah hilang kepercayaan walaupun belum sepenuhnya. Bayangkan aku tengah masak untuk makan malam, tetiba pintu rumah diketuk dengan kuat seperti nak roboh.Jiran2 semua mesti dengar. Mereka datang nak tarik kancil. Mereka kata aku dah x bayar 3 bulan. X bayar????????? Mana pergi duit aku 3 bulan tu..korang pun mesti sedih kalau kena tipu. Aku bukan kena tipu sebab laki aku main kayu 3, tapi dia mainkan kepercayaan aku. Masa tu aku x tau nak minta tlg kat siapa sebab suami durjana x dapat dihubungi sehingga ke malam. Org bonzer yg dtg tu suh aku bya duit mereka kalau aku x nak bagi keta kena tarik. Lepas aku baya Rm100, sebab aku ada cash banyak tu jee..Aku bawa asraff n anis keluar. Aku nangis sorang2  sambil meluahkan perasaan pada anak2 aku yang kecik. Aku nak bercerai je..X guna punya laki. Bila nak magrib aku balik sb anak2 aku nak minum susu. Bila sampai rumah, suami durjana pun belum sampai lagi. Pukul 10.30 mlm baru balik. Macam2 alasan dia beri. korang pun boleh agak apa jadi kan. Dia xnak ceraikan aku n janji akan berubah. Aku ni bodoh sampai la sekarang sb masih lagi kena tipu. Korang tau x...aku yang terpaksa setel bayaran yg tertunggak tu. Namun dia nak bayar balik, jgn harapla...Kenapa ya aku masih lagi bersamanya. Dalam doaku selepas sembahyang, aku pohon kepada Allah agar memberikan aku peluang sekiranya dia masih lagi suamiku , semoga dia berubah, sekiranya tidak, aku redha. Bila balik kampung atau ada family gathering, aku jadi malu dengan sikapnya yang lebih suka temberang daripada menunjukkan realiti. Tapi aku rasa dah memang keturunan dia macam tu. Aku x anggap diriku aku ni baik, tapi aku x la menipu sampai menyusahkan orang lain.

Wednesday, January 23, 2013

Kereta

Lepas kawin, aku masih lagi keja kat Johor. Kat Semanggar. Fuh..dok dlm ladang getah. Masa tu aku sewa bilik je. Tah ye brp kali aku baya. Cuma yang bulan last aku baya RM20 hinggit je sb aku dok situ 4 hari. Sengsara dok menyewa bilik ni. Bila weekend, aku balik Melaka.Jengah laki aku, bilik aku kat Johor tu jadi tempat tido jantan plak. Ada ke gitu. Dorang senang2 je masuk kelua bilik tu. Aku tau la tu rumah korang. Sebab x mampu nak sewa rmh aku sabau je la. Tup2..laki aku beli keta second hand. Nissan Sunny. Kira okla dpd x de keta. Senang skit aku nak pinjam. Jam tu gak aku ajak dia kemas brg2 kat bilik sewa n blah dr situ. Lepas 2 minggu aku kelua, aku dengala citer x baik ttg aku msa kat situ. Anak dara dia yg celopa mulut tu bwk mulut merata menjaja kata aku malas. Reti tido je. Dah kita menyewa kan...wat pe nak menyibuk kemas rumah bagai..kemas bilik dah la...Lg pun aku dah x mkn kat rumah korang. Setiap hari sebelum balik sekolah, aku pastikan perut aku kenyang.
Lupa plak nak wawarkan..org yg bwk citer aku tu skarang dah jadi penyanyi. Namanya Salwa Arora..Femes gak la katanya. Dah rezeki ko kat situ dik. Aku x jeles pon.
2 tahun kawin kami dapat anak lelaki. Ashraff.Macam2 alerginya. Sampai pakai belt x nak bagi dia cakar kepala n telinga. Lama gak la . Sampai skrg masih alergi. Hubat mmg x putus. Bila aku g kije, aku tinggalkan kat rumah Kak Mah.Dah arwah dia. Semoga Allah melindunginya di sana dan kak Mah memang byk berjasa pada kami sekeluarga. Aku dah anggap mereka sebagai keluarga.

Saturday, January 19, 2013

Melaka

Entah bila ye tarikh aku mula sampai ke Melaka. Seingat-ingat aku mungkin bulan 5. Abah n Cik Man yang hantar. Masa abah nak balik aku sedih. Aku terpaksa susahkan abah lagi. Begitulah kasih seorang "abah" kepadaku. Sanggup menghantar aku jauh hingga ke Melaka. Masa tu abah x banyak duit. Memang aku rasa sedih. Sekarang aku dapat rasakan hampanya seorang "abah" bila anak yang diharapkan membawa sebuah kejayaan untuk ditunjukkan kepadanya dan boleh membanggakan dirinya disalah erti oleh anaknya. Mimi dah habis study tapi lom amik "degree" nya lagi. Atas alasan lom bayar duit yuran. Dah bertahun..Sekarang dah kahwin.Abah memang nampak keciwaa..
Sambung balik citer aku. Kelakar sangat dan ianya menjadi kenangan manis . First time aku sampai kat kolej tu, aku x pakai tudung. Tetiba seseorang perempuan menegurku apabila aku sedang mengangkat beg keluar dpd bonet keta. Dia menyuruhku memakai tudung. Nasib baik aku bawak 3 helai tudung . Sejak itulah aku mula bertudung. Kat situ sume pompuan. Ada yang garang mcm rimau. Terjerit-jerit memanggil "freshie" untuk menjalankan minggu orientasi selama seminggu. Melecet-lecet kaki aku. Almaklum lah..kena pakai kasut tutup.Kulit mcm kulit bawang, pakai kasut mahal pun jahanam kasut dengan kaki aku sekali. Semua tu dah jadi kenangan .
Lebih kurang 2 tahun aku kat kolej tu. Dalam masa tu aku kenal sorang mamat ni.Aku ingat orang negeriku. Aku sukala kwn dengan dia. Tetapi rupanya dia orang Utara. Dah suka, teruskan sajala. Dalam masa yang sama, aku berkawan dengan kawan lama tempat kelahiranku yg tiba-tiba wujud mencariku sehingga ke Melaka. Hairan juga mamat ni. Sanggup dia tunggu aku. Tapi aku x suka padanya memandangkan dia seorang "pengongkong".I hate...Akhirnya aku suruh dia pilih gadis lain untuk dijadikan teman hidupnya..selepas aku berkahwin ada beberapa kali aku terserempak dengan "dia" . Tapi yang peliknya dia seakan melarikan diri apabila nampak aku. X pe la. Suka hati engkaula. janji masing-masing bahagia dengan kehidupan sendiri.