Thursday, December 19, 2013

Balik Utara

Sebenarnya aku dpt merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh dia. Tadi pagi dia menawarkan diri untuk menghantar kereta utk diservis. Pulang saja menceritakan total semua tanpa menunjukkan bil kpd ku. Bila aku nak keluar untuk ambil Ashraff di JPJ , minyak hampir kepada penunjuk oren.Aku bertanyakan knp dia x isi minyak.Alasannya petang nanti dia akan uruskan. Pulang aku dan Ashraf dlm pkl 4 ptg, dia sudah tiada drumah.Anak2 tidak tahu kemana ayah mereka keluar. Hingga sekarang pukul 1030 mlm..dia masih belum pulang. Aku ada menelefon pukul 9 tadi..Suaranya saja aku dah kenal dia berbohong. Ya Allah..berikan aku kekuatan untuk menerima dengan tabah. Sepatutnya esok, kami semua akn pulang ke Kedah..Anak2 tidak mahu ikut..Aku memahami tapi dlm mada yang sama aku khuatir jika perkara yg tidak diingini berlaku. Jadi aku hanya beritahu keputusan selepas bincang dgn dia. Dia langsung tidak menunjukkan kesungguhan terhadap perancangan esok. Hidupnya hanya untuk kerjaya sahaja. Aku mula rasa tidak sedap hati. Sebelum aku setuju utk mengikutnya pulang k kg...ada bbrp syarat yang perlu dia kotakan..Dan aku dpt rasakan..kelewatan mlm ini berkaitan tuntutan itu..Sejak bbrp prkara yang tidak dpt aku maafkan..aku seakan malas untuk balik k sana. Plan nak balik utara pon sebab aku nak ke Baling krn knduri kwn sekerja ku..

Monday, December 16, 2013

Rasa kecewa..hiba dan tiada orang yang memahami.

Pagi tadi k skola amil result UPKK.Adik dapat 7A1B. Syukur Allah..krn mmberikan kejayaan ini. Aku pernah berjanji untuk membelikan hadiah basikal Fixie jika dia dapat 8A. Tetapi dituntutnya juga basikal itu. Aku hnya memberikan jawapan inshaAllah bila mama dapat bonus.Ditanyanya lagi bila bonus akan dapat. Aku jawab bulan Mac. Sebenarnya bukan aku tiada wang untuk memberikan apa yang diminta anak2..Aku selalu memikirkan keutamaan. Mana yang perlu didulukan.Anak2 suka meminta sesuatu yang diluar kemampuan aku sorang.Itu yang membuatkan rada sedih dan kecewa. Anak2 tidak memahami keadaan bahawa aku bukan bergaji besar seperti orang lai. Ini kerana banyak keperluan yg trpaksa aku sediakan sebelim persekolahan bermula. Lelaki yg sepatutnya memikirkan keadaan ini hanya mampu mengagihkan sebahagian wangnyanya untuk bayaran hutang bodoh dan bajet untuk dia pulang kekampung menemui keluarganya.Sejak lahirnya anak2 sehinggalah meteka membesar..lelaki ini tidak pernah rasa bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan mereka. Wang gajiku perlu ku guna untuk bayaran keretaku sendiri yang kerapnya yg membawa kemana saja kami bergerak.Boleh dikatakan perbelanjaan ku tanggung sendiri..Aku bukan tidak memahami masalah lelaki ini..malah aku swring melengkapkan keperluan semata-mata untuk menjaga maruahnya sebagai seorang suami.Tapi..pengorbananku ini sememangnya tidak dihargai.Keadaan juga telah mula menular ke anak-anak dimana mereka juga tidak memahami dan menghargai ibu sendiri. Yang meteka tahu hanya menuntut itu dan ini.


I

Thursday, December 12, 2013

Tanggungjawab aku dan kau

.... "Selagi tanggungjawab tersebut dipenuhi oleh suami dan isteri, perkahwinan itu akan menjadi teratur dan utuh. Jadi untuk dapat memenuhi tanggungjawab masing-masing, suami dan isteri mesti mempunyai ‘iman’. Tanpa ‘iman seseorang tidak akan dapat memenuhi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami dan kontrak perkahwinan akan berakhir dengan perceraian.."

Aku ambil petikan itu dari sebuah laman web mengenai kajian dalam perkahwinan. Adakah kau tahu kesemua tanggungjawab ko terhadap aku dan anak-anak??? Tentunya tidak..kau membiarkan kami terumbang ambing , kami tidak selamat di dunia dan akhirat...Oh tidak..Kami mahukan kebaikkan di dunia dan akhirat. Aku juga sedar bahawa aku tidak sebaik Siti Aisyah. tetapi aku menyedari tanggungjawabku itu dan aku berusaha untuk menunaikannya. 

Setiap akhir tahun, dia mengulangi perkara yang sama. Tidak peduli dengan keperluan persekolahan anak-anak. Kami mempunyai 3 orang anak tetapi lagaknya seolah2 tidak mempunyai seorang anak pon. Kesemua persekolahan anak seakan-akan menjadi tanggungjawabku sebagai isteri dan ibu. Selama ini dia juga tidak mempedulikan tanggungjawab keatas diriku. kami hanya diberikan makan dan tempat tinggal yang mana aku yang menyempurnakannya menjadi kediaman yang selesa. Pakaianku...dalam dan luar...semuanya aku beli sendiri dari hasil wang gajiku. Aku redha kerana seawal perkahwinan lg aku terpaksa membeli sendiri segalanya dengan rahmat Allah. Aku dah terbiasa sehingga kini. Suaraku masih belum berakhir dengan kerap mengingatkan akan tugasnya sebagai suami , ayah dan yang paling penting "KETUA". 

Berbalik kepada petikan itu, sesungguhnya kami sememangnya tidak teratur dan utuh sejak dari dulu lagi. Perlukah aku menghormati dirinya kerana dia apla dan sering mengutamakan kerjayanya. Ibaratnya aku dan anak-anak dibiarkan mengharungi hidup seakan-akan tanpa dirinya. Banyak perkara yang tidak ditunaikan keatas kami. Aku seperti ibu tunggal. Segalanya terpikul dibahu ku. Aku sering memohon kekuatan itu dari Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Aku sendiri menjadi buntu. Anak-anak semakin membesar dan mula kelihatan mewarisi sikap ku dan sikap dia. Sikap ku yang pemarah dan suka memberontak berbanding sikapnya yang memberontak dalam senyap. Penipu....18 tahun usia perkahwinan ini...aku hanya ditarbiah dengan penipuannya. Aku ada HBP pon sebab stress yang amat dengan dirinya. Jika aku sakit, aku sendiri yang membayar bil. jadi dimana hak aku sebagai seorang isteri. Nak membimbing aku kepada jalan yang diredhai Allah....tidak pernah sama sekali. Aku hanya menyedari aku sebagai seorang Islam dan isteri dan aku mesti tahu akan tanggungjawab itu. Aku memohon dari Allah agar menjadikan aku insan yang disayangiNya. Insan yang diberikan Hidayah..dirahmati dan dipimpin kepada jalan kebenaran . Dan itulah peringatan aku kepada anak-anak. Sedih sangat2 sebab "ketua" dalam kehidupan kami tidak suka memberikan peringatan ke Jalan Allah. 

Aku berharap sekiranya ada dikalangan di luar sana membaca ceritaku ini, aku mohon doa kalian. Hanya Allah yang akan membalas kebaikkan kalian itu. 

Luahan hati

Banyak post dalam ruangan ini mengenai luahan hati ku.Sealin Allah..emak n anak2...tempat inilah aku berkhalwat menyatakan rasa hati.Tika jari ini memilih huruf2 pada note..hatiku hiba..sedih dan kecewa.Aku ibarat insan yang tidak mendapat perhatian..bimbingan ..peringatan dari org yg paling dekat dgn ku. Selalunya aku hanya berbisik d dlm hati dan meminta kekuatan itu dari Yg Maha Esa. Hanya Dia yang mengatur segalanya.

Monday, December 2, 2013

Bersama


Sekarang ni kalau x d ajak..cik abe wat x tau je...kna pelawe...barula klua dari tmpt persembunyian aku...Klau x..kami dok kat rumah je la...Semua aturan kesana sini aku yg kena pikirkan.Dah mcm ibu tunggal.


Saturday, November 30, 2013

Dah 18 tahun

Harini 30 November adalah tarikh d mana aku telah brgelar "isteri"...Dari 1995 hinggalah 2013..aku x pernah lupa pun tarikh ni. Alhamdulillah ..aku masih boleh mengingati byk perkara. Aku juga bersyukur kerana sempat menyiapkan kesemua tugasan PJJ sebelum aku sakit pada 13 november yang lalu. Allah telah memberikan aku peluang. Kini aku harus memulakan langkah untuk mengulangkaji bbrp subjek exam yang sememangnya belum ku jengah secara terperinci modul yg diberikan.Aku berharap kali ini ..study ku tidak terganggu dgn mslah2 yg kerap muncul sewaktu menjelang peperiksaan. Harapan ku agar keputusan kali ini adalah paling cemerlang n mendpt anugerah dekan.



Friday, July 5, 2013

My doter

Hari ni anis nak sertai camping unit bruniform wlpun papa dah halang.Mama sakit kpla.mks nak urusksn..Kalau aku..sng je x nak bagi dia g..xyah hntr .Plan aku nak balik jg mgu ni.Papa plak ajak mkn angin..Time2 mcm ni mls nak g jln2..Seraboy kepala otak.Lagipun nnti lps balik mkn angin..grenti mma yg kna support.Tak taula mcmna sok my doter nak balik sndri sampai rmh..Papa bgtau, kunci n gate remote dah bagi kskak.pndai2 dia nak balik mcmna..Alahai...I suh dis settle..mcmni plk caranya...X pikir yg anak dara tu br ting 2..t lau jadi pape..dahla tmpt camping ank pon kami xtau..

Thursday, June 20, 2013

Jalan la....

Hidup ni byk ceritanya..Bila dinasihat mcm mndgr..Tapi masih lg ulang..Aku da hilang sbr.Aku dah muak dgn cerita2 yg dibualkan..Dari mula hingga kini..x abis aku ditipu..Semalam adalah kali yg ke ratus brp aku dikhianati..Mestilah sedih..Hidup dgn lelakiyg sntiasa mmpermainkn kprcayaan kita..Aku pun dah xde rsa hormat pd dia lagi. Lantaklah dia..Kalau sesiapa bca kisah hidup sy ni..mesti branggapan sy yg salah sb x hormat kpd lelaki yg brglr ##somi##..Aku akui dia baik..Baik sb menipu..Tapi yg pelik..Dah byk kali dia wat..aku ttp positif smula..Tapi kali ni..inilah pilihan aku..Let me alone..Aku pun x tau dah brp kali aku minta dia lpskn aku..Klau org lain mgkn snggup..Tapi aku dah x snggup lg..Biarlah x berlaki..Janji bukan dia yg tipu aku..Nma kami ank brank sering dijaja ats alasan demi kpntingan dia..Mcm2 yg aku lalui..Tapi x akn abis lau aku citer pon..Biarlah rahsia.Aku ni nma je bini dia..mkn pakai ..sndri..nma nak bimbing jauh skali...Kalau nak raya..gaduh dulu ..baru dia belikan aku n ank2 bju rya..larat ke asik nak gaduh..Kslsu aku x beli..ank2 gamaknya x berpakai bju rya le..Sume ni aku buat sb niat nak slmtkn dia dari malu..tapi..dia khianati..Nak hrp didik ank???..Aku rsa m sume bnda trltk kat bahu aku..so buat apa nakkan perkahwinan ni lg..belah je leee..Kali ni aku btul2 benci n marah sb dia gadaikn brg kms kali kdua  ...dgn alasan yg x masuk akal..Sebenanya aku x tau nak share citer ni dgn sape..nak cite pd mak..mak x sihat..tapi...abah n mak mesti dah bole agak aper brlaku antra kami..

Saturday, May 11, 2013

muhasabah

Arini dia jadi driver hntr sy g melawat kematian kwn skerja.label as driver sb dia x reti nak decide utk sy...wat sud I do...alahai hidup...bila dgn sy je..sume bnda dia x tau mcmna  nak putskn. Kekadang rsa diri ni mcm hidup sorang2...kang ckp lbih2 jadi gadoh...agaknya sy jadi punca sume brlaku..kekadang sy nak hidup sorrng je...hnya allah tmpt sy mluahkn isi hati..smada meluahkn kesyukuran...kegembiraan..dan dah tntu bila sy tgh brsedih.. keksdang menangis gak sorang2 lps aminkn doa..sy nak bntuk ank2..tapi dia x bntu..asik sibuk dgn kerja..kerja dia lbih pnting dpd kami..sy tau yg mulut sy ni suka ckp..tgur n luahkn apa yg sy x puashati...kekadang tu mcm rsa mnjirus air didaun keladi..sy da smakin brtmbh umr..bila tringtkan kak nas..sy madih lg untung sb allah madih brikn sy ksihatn yg baik..sjujurnya,  sy krp trbgun skitar pkl 4 lbih..kekadang trdetik..allah tlh mngujtkan aku utk bgun sujud kpdnya..tapi sy x bgun gagahkn diri utk mngabdikn diri d keheningan pnghujung mlm...suka mlyn sikap mls..nak rujukorg sy segan..takut org gelakkn sy..mgkn klau sy bgun..ambil wuduk n smbyng..brdoa..allah akn makbulkn doaku..bgaimnan..adakah ini sbnrnya hidayah itu semamnnya ada d dpn mta ku...

Friday, April 26, 2013

Apa nak jadi.

Bila ditegur, tarik muka. Bila dibiar naik kepala. Mana satu yang betul. Semakin membesar, semakin susah nak dengar cakap ibu bapa. Aku dulu mcm tu ke..X pun. X berani menjawab mcm nak sakitkan hati mak n abah. Ada ayah dorang pun sibuk memanjang dgn kerja. Aku dah la tension dgn kerja, belajar ...anak2 yg suka buat perangai. Ya Allah ...kau berilah kesabaran kepada hambamu ini...Aminnnn.

Dari petang buat perangai nak tunjuk kononnya protes sb x bagi gna lappy papa..Guna lappy berjam2..homework x siap pun. Bila mama lalu...konon sambung wat homework, tapi bila mama hilang dari mata dia, sambung main game. Mana la aku x geram. Sekarang g tengok tv. Bila aku tanya knp x buat homework...buat muka n tinggikan suara. Geram tau... Korang sengaja sakitkan hati mama. X per...mama amik facilities yg korang dpt. Lps ni korang pikir sendrik. Mama dah letih nak remind sume org..Tapi x sorang nak remind mama...Kecuali Allah yang sentiasa ingatkan mama. Temankan mama masa mama buat assignment, masa mama sedih..hanya Allah tempat mama mengadu. Hanya Allah sahaja yang tahu apa isi hati mama. Mama selalu fikir, mama silap kat mana sampai mama terima sume akibat ni...Mama jahat ke..mama garang ke...mama x uruskan makan minum korang ke..mama x remind korang ke...Mama sedih...korang tau ke...Maybe this is what i got now...Nobody with me kecuali Allah.

Actuallay , mama want 2 b a good mother 4 u'lls. i don know why, until now, mama always think how to develope us to be happy family. mcm tangkap muat je urusan kita kat dunia. Mcmmana nanti kalau mama dah pass away..siapa nak dermakan mama fatihah...anak yang mana???? Kadangkala mama nak pergi jauh2. Tinggalkan kamu sume. kamu hiduplah dgn papa. Ikut la cara papa. mybe kamu sume suka. But not me my children...Mama always want 2 bring you all to heaven Allah...we together...apa yg mama plan, x menjadi sb sume org sibuk..Walaupun hati mama rasa sakit, kecewa...hampa..bila hati mama dah cold, mama usaha lagi..remind lagi...cuba bentuk lagi...tapi x de siapa pun sokong apa yg mama buat... Ya Allah kuatkan lah hatiku ku...So jangan rindu kalau mama dah xde lagi nanti. sometime mama rasa mati je lagi baik...not u all. But me...mama mcm dah x kuat nak hadapi sume ni...Mama rasa usaha mama x dihargai oleh siapapun...Salahke mama buat yg terbaik utk korang...untuk kita sume...Mama x tau kenapa sume usaha mama nak bwk kita ke jalan yg diredhai Allah x kesampaian...Sepatutnya papa yg buat mcmni...buka mama...Mama frust sgt2..


Wahai anak2 ku...jika kamu masih mengingati mama mu...sedekahkanlah sesuatu untuk membalas jasa mama mu ini...




Thursday, January 24, 2013

Tipah tertipu

Aku nak kawin dengan orang yang bertanggungjawab. Tak kaya pun x per..janji jangan tipu aku. Memang masa tu aku sangat marah, sangat sedih dan sangatttttttttt keciwaaaaaaaaaaaaa. Mana x nyee...duit yang aku beri utk baya keta dgn bil digunakannya untuk kepentingan dirinya.Bila aku tanya macam2 helahnya. Masa tu aku memang dah hilang kepercayaan walaupun belum sepenuhnya. Bayangkan aku tengah masak untuk makan malam, tetiba pintu rumah diketuk dengan kuat seperti nak roboh.Jiran2 semua mesti dengar. Mereka datang nak tarik kancil. Mereka kata aku dah x bayar 3 bulan. X bayar????????? Mana pergi duit aku 3 bulan tu..korang pun mesti sedih kalau kena tipu. Aku bukan kena tipu sebab laki aku main kayu 3, tapi dia mainkan kepercayaan aku. Masa tu aku x tau nak minta tlg kat siapa sebab suami durjana x dapat dihubungi sehingga ke malam. Org bonzer yg dtg tu suh aku bya duit mereka kalau aku x nak bagi keta kena tarik. Lepas aku baya Rm100, sebab aku ada cash banyak tu jee..Aku bawa asraff n anis keluar. Aku nangis sorang2  sambil meluahkan perasaan pada anak2 aku yang kecik. Aku nak bercerai je..X guna punya laki. Bila nak magrib aku balik sb anak2 aku nak minum susu. Bila sampai rumah, suami durjana pun belum sampai lagi. Pukul 10.30 mlm baru balik. Macam2 alasan dia beri. korang pun boleh agak apa jadi kan. Dia xnak ceraikan aku n janji akan berubah. Aku ni bodoh sampai la sekarang sb masih lagi kena tipu. Korang tau x...aku yang terpaksa setel bayaran yg tertunggak tu. Namun dia nak bayar balik, jgn harapla...Kenapa ya aku masih lagi bersamanya. Dalam doaku selepas sembahyang, aku pohon kepada Allah agar memberikan aku peluang sekiranya dia masih lagi suamiku , semoga dia berubah, sekiranya tidak, aku redha. Bila balik kampung atau ada family gathering, aku jadi malu dengan sikapnya yang lebih suka temberang daripada menunjukkan realiti. Tapi aku rasa dah memang keturunan dia macam tu. Aku x anggap diriku aku ni baik, tapi aku x la menipu sampai menyusahkan orang lain.

Wednesday, January 23, 2013

Kereta

Lepas kawin, aku masih lagi keja kat Johor. Kat Semanggar. Fuh..dok dlm ladang getah. Masa tu aku sewa bilik je. Tah ye brp kali aku baya. Cuma yang bulan last aku baya RM20 hinggit je sb aku dok situ 4 hari. Sengsara dok menyewa bilik ni. Bila weekend, aku balik Melaka.Jengah laki aku, bilik aku kat Johor tu jadi tempat tido jantan plak. Ada ke gitu. Dorang senang2 je masuk kelua bilik tu. Aku tau la tu rumah korang. Sebab x mampu nak sewa rmh aku sabau je la. Tup2..laki aku beli keta second hand. Nissan Sunny. Kira okla dpd x de keta. Senang skit aku nak pinjam. Jam tu gak aku ajak dia kemas brg2 kat bilik sewa n blah dr situ. Lepas 2 minggu aku kelua, aku dengala citer x baik ttg aku msa kat situ. Anak dara dia yg celopa mulut tu bwk mulut merata menjaja kata aku malas. Reti tido je. Dah kita menyewa kan...wat pe nak menyibuk kemas rumah bagai..kemas bilik dah la...Lg pun aku dah x mkn kat rumah korang. Setiap hari sebelum balik sekolah, aku pastikan perut aku kenyang.
Lupa plak nak wawarkan..org yg bwk citer aku tu skarang dah jadi penyanyi. Namanya Salwa Arora..Femes gak la katanya. Dah rezeki ko kat situ dik. Aku x jeles pon.
2 tahun kawin kami dapat anak lelaki. Ashraff.Macam2 alerginya. Sampai pakai belt x nak bagi dia cakar kepala n telinga. Lama gak la . Sampai skrg masih alergi. Hubat mmg x putus. Bila aku g kije, aku tinggalkan kat rumah Kak Mah.Dah arwah dia. Semoga Allah melindunginya di sana dan kak Mah memang byk berjasa pada kami sekeluarga. Aku dah anggap mereka sebagai keluarga.

Saturday, January 19, 2013

Melaka

Entah bila ye tarikh aku mula sampai ke Melaka. Seingat-ingat aku mungkin bulan 5. Abah n Cik Man yang hantar. Masa abah nak balik aku sedih. Aku terpaksa susahkan abah lagi. Begitulah kasih seorang "abah" kepadaku. Sanggup menghantar aku jauh hingga ke Melaka. Masa tu abah x banyak duit. Memang aku rasa sedih. Sekarang aku dapat rasakan hampanya seorang "abah" bila anak yang diharapkan membawa sebuah kejayaan untuk ditunjukkan kepadanya dan boleh membanggakan dirinya disalah erti oleh anaknya. Mimi dah habis study tapi lom amik "degree" nya lagi. Atas alasan lom bayar duit yuran. Dah bertahun..Sekarang dah kahwin.Abah memang nampak keciwaa..
Sambung balik citer aku. Kelakar sangat dan ianya menjadi kenangan manis . First time aku sampai kat kolej tu, aku x pakai tudung. Tetiba seseorang perempuan menegurku apabila aku sedang mengangkat beg keluar dpd bonet keta. Dia menyuruhku memakai tudung. Nasib baik aku bawak 3 helai tudung . Sejak itulah aku mula bertudung. Kat situ sume pompuan. Ada yang garang mcm rimau. Terjerit-jerit memanggil "freshie" untuk menjalankan minggu orientasi selama seminggu. Melecet-lecet kaki aku. Almaklum lah..kena pakai kasut tutup.Kulit mcm kulit bawang, pakai kasut mahal pun jahanam kasut dengan kaki aku sekali. Semua tu dah jadi kenangan .
Lebih kurang 2 tahun aku kat kolej tu. Dalam masa tu aku kenal sorang mamat ni.Aku ingat orang negeriku. Aku sukala kwn dengan dia. Tetapi rupanya dia orang Utara. Dah suka, teruskan sajala. Dalam masa yang sama, aku berkawan dengan kawan lama tempat kelahiranku yg tiba-tiba wujud mencariku sehingga ke Melaka. Hairan juga mamat ni. Sanggup dia tunggu aku. Tapi aku x suka padanya memandangkan dia seorang "pengongkong".I hate...Akhirnya aku suruh dia pilih gadis lain untuk dijadikan teman hidupnya..selepas aku berkahwin ada beberapa kali aku terserempak dengan "dia" . Tapi yang peliknya dia seakan melarikan diri apabila nampak aku. X pe la. Suka hati engkaula. janji masing-masing bahagia dengan kehidupan sendiri.