Friday, September 2, 2016

BERBELAH HATI MENGENANGKAN MASA MENDATANG

Lama sudah tidak kemari meluahkan rasa hati. Sepemergiannya ke PRC, aku cuba untuk memperbetulkan keadaan walaupun sebenarnya hati ini telah tawar dengan kehidupan di sini. mengenangkan anak-anak bersama, membuatkan aku seakan berkorban apa sahaja untuk mereka walaupun kadangkala hatiku disakiti. Sebagai ibu, aku bangkit seawal pagi menyediakan makanan alas perut sebagai bekal kakak dan adik. Asraf ku tinggalkan diatas meja. Bangun entah pukul berapa. Tengahari agaknya. Hampir setiap hari, subuhnya aku kejutkan sewaku enam setengah. Itu pun belum terus bangkit berwuduk.
Ashraff telah ke USM pada 28 Ogos lalu. Dalam masa sebelum pendaftarannya, aku terpaksa melakukan persediaan dari semua keperluan. Ya. Seperti Ashraff tidak mempunyai bapa. Apakan daya. Ini bahagian kita nak. Janganlah hampakan pengorbanan ini. Mama kena ikhlaskan walaupun berat hati kerana sepatutnya bapamu yang bertanggungjawab menyediakan segalanya. Berapa banyak rezeki yang Allah berikan dalam bentuk gaji mama setiap bulan, kita kongsi2 dengan rumah, mama, kakak dan adik. Gaji mama untuk masa depan anak-anak. Kita berdoa semoga gaji tersebut sentiasa mencukupi untuk keperluan kamu. Mama juga tak tau kalau mama x cukup duit untuk cari di mana. Setiap rezeki Allah berikan, mama simpan sedikit untuk kamu..untuk tabung mama....

Ini rekod perbelanjaan sebelum Ashraff ke USM.
Pendaftaran online   1400
Laptop printer          1700
acc bimb                   150
asrama                       500
basikal                      100
keperluan                  500
moto                         200
tayar                         150
lain2......x ingat

Fotostat sijil2 dan maklumat lain. Baru ku tahu potongan gajinya untuk angkasa hampir separuh keseluruhan gajinya. Untuk apa dia melakukan pinjaman itu. Apa hasilnya. Selama bertahun, dia menipu slip gaji yang ditunjukkan kepadaku. Patutlah rezekinya tidak pernah lekat walaupun ratusan ribu dikorbankannya. Hanya Allah yang mengetahui kemana wang itu. 

Gaji bulan ni semua sangkut nak bayar bil. Bank call aku di sekolah. Sampai hatinya. Hidup hanya nak senang dengan kesusahan orang lain. Sekarang x boleh ditegur. Dapat duit gaji x bahagi-bahagikan untuk bayaran utiliti. Semua perkara aku kena selesaikan.

Perkara yang aku dah ingatkan bulan demi bulan sehingga lebih 5 tahu. Cukai pintu dan seangkatan dengannya. Bayangkan rumah anda disita kerana tidak membayar cukai pintu sejak anda mendudukinya. Semua cukai berkaitan tidak dibayar. Aku dan anak-anak tinggal di situ. Malu kan. Jiran-jiran nampak stiker sita tu. Mana aku nak letak muka. Semua perkara yang memalukan berlaku ketika ketiadaannya.

Yang pertama seingat aku, pintu rumah diketuk dengan kuat. Ketika itu aku sedang masak. Mereka datang nak tarik kancilku kerana sudah 3 bulan tidak dibayar. Setiap bulan akau berikan 450 untuk ansuran kancil. Kemana pergi wang tersebut. Puas aku bertengkar dengan mereka beria2 aku katakan kereta tersebut berbayar. Malu aku ketika itu ketika mereka menunjukkan statement pembayaran . Dia ku telepon tidak dapat dijejaki. Hancur luluh hatiku. Tanpa menyelesaikan tugas di dapur, aku terus keluar membawa anak-anak mencari ketenangan. Hampir pukul 10 malam baru dia berani pulang ke rumah. 

Yang kedua, Dia berpindah ke kuala lumpur. Hujung minggu sahaja balik ke Melaka. Rupa-rupanya ada 2 orang telah lama memerhatikan rumah kami. Dia tidak membayar ansuran bulanan motor hampir 6 bulan. Ketika itu, dia juga tiada di rumah. Mereka meminta kunci , lalu dengan rela aku memberikannya.Dan mereka membawa motor iru pergi. Malu lagi aku dengan jiran. Apa nasibku kan.

Kali ketiga. Hari minggu orang TNB datang kerumah. Dia juga tiada. Mereka masuk memeriksa segala perkakasan elektrik kerana menerima aduan bil api rumah kami sangat sedikit kerana meter diubahsuai. Aku lagi yang malu dengan mereka. Aku terpaksa berhadapan dengan perkara-perkara yang bukan aku puncanya. tetapi aku yang menghadapinya. 

Kali ke empat. Ketika itu ibu mertua berada di rumah adiknya di Gombak. Sekali lagi aku dimalukan. Mertua memang irihati dengan aku kerana jarang ke rumahnya. Sebaliknya aku sering ke rumah ibu di Johor. Aku x pernah minta wang anakmu untuk melihat anaknya di Johor. Aku kerap berkursus dan mengambil keputusan meninggalkan anak-anak di sana. Jadi suamiku tidak susah kerana dia acap kali memberitahu akan kesibukannya dan kekangannya untuk menguruskan anak-anak. Jadi aku sahaja yang pulang untuk menjenguk anak-anak. Itu pun salah????Ketika itu teringin sahaja aku menjawab. Tapi aku masih waras. Hidup mesti hormat kepada yang lebih tua.

Sebenarnya banyak insiden2 yang betul2 mengecewakan dan memalukan aku. Akan ku sambung untuk sesi kedua.

Friday, July 22, 2016

22 julai 2016

Pg tadi wassal surat soh lapor d tmpt baru 25 julai ni. Balik rmh pon hanya sembang topik nak p ptg mlm bwa motor call city linear.bla222. Nak bwa beg bwa bju bwa itu ini. Nak tanya hakim kwn yg prnh p sna. Tapi.....dia lngsung x sebut itu ini msa dia tiada nnti...

apa yg sy nak dgr....sudah tntu ttg bbrp pkra yg dia bgtsu akn buat sblum p sna. Tapi....
sedih sy...ibaratnya....siapa kami....dia p ksna...tapi dia trlupa org yg akn urskn tgjwb dia d sini. Hati sy semakin rapuh makin nipis dgn cinta dan kadih syng apatah lg untuk mnruskn tgjwb sbg ibu  suri rmh ni.
Dia prlu sedar dgn tgjwb. Sy cuba sedarkn ini semua...tapi...tindakan sy seakn mmbuatln dia lbih serabut dgn nadihat dan pringtan yg sy buat. Kkdng....mmg sudah tiada ruang utk kami lg. Hanya d sini sy mluah rasa. Mngadu pd yg esa. Menangis sendirian dgn doa supya Dia mmberi kekuatan kpd saya.

Sunday, February 14, 2016

Cuti Tahun Baru Cina

Seminggu yang diberikan oleh gomen utk warga sekolah bercuti. Sudah tentu ramai yang mengambil peluang untuk bercuti samada ke tempat percutian atau balik kampung. Seronoknya bila cuti. Tapi bagi aku, ianya tiada kelainan sebab kami hanya di rumah sahaja. Kotak pemikiran juga tak berkembang kemana. Nasib la. Anak-anak merengek juga untuk berjalan. Tapi almaklum mereka mendapat seorang emak yang kedekut. Bukan kedekutla.....mak kamu ni kena juga fikir perbelanjaan esok lusa nak oi. Kita bukan orang senang. Mama gaji ciput je. Semoga rezeki itu kita kongsi bersama yer nak. Aku selalu mohon kepada pemberi rezeki supaya rezeki ku dicukupkan demi untuk anak-anak ku. Gajiku rezekiku untuk mereka. Kalau lebih aku bagi pd mak sikit. Tapi aku tetap bagi walau sikit. 

Hari ini hari last cuti. Hari ini aku kena menghantar anak bujang balik ke kolej. Dan hari ini juga aku memberanikan untuk bertanya mengenai sesuatu yang ku ragui sejak Khamis yang lalu. Jawapan yang sama saja akan kuterima setiap kali aku bertanya. Aku penat. Penat untuk meneruskan hubungan ini yang entah membawa ku kemana. Syurga cita-citaku...menjadi sesuatu yang disukai Allah adalah harapanku....Tapi bagaimana jika insan yang sepatutnya memimpin ku ke situ tiada. Bila lau di kawasan masjid , kelihatan deretan kereta yang banyak, naluriku berkata-kata...alangkah bestnya kalau aku dengan memperagakan busana muslimahku yang berada di dalam lemari ke tempat itu. Hati ini selalu meronta-ronta untuk ke situ. Kadangkala aku sendirian merasa hiba dengan diri ku. Masih jahil, masih bodoh, masih tidak tahu...Tapi...kenapa aku sendiri x kuatkan semangatku ke situ. Itulah juga persoalan yang diberikan oleh anak gadisku..Mama..bila mama nak bawa kakak ke masjid.. Aku diam seribu bahasa. Wahai anak....ibumu ingin sekali ke sana nak...

Beberapa hari yang lepas...dia membawa aku ke pasar malam untuk membeli lauk dan sedikit barang dapur. Segalanya dia yang bayar. Tidak seperti biasa kerana selalu aku yang menghulurkan duit kepada peniaga. Hatiku tertanya-tanya....Pulang ke rumah, dia memberitahu bahawa dia perlu bekerja malam dan dia memberitahu akan membawa kami untuk makan malam di luar selepas maghrib. Aku bersetuju dan memberitahu anak-anakku akan hasrat ayah mereka. Seperti yang dirancang, kami semua makan di luar dan dia membayar harga makanan pada malam itu. Selepas selesai, kami dihantar pulang ke rumah dan dia keluar pergi ke pejabatnya. Pukul 2.30 baru dia pulang ke rumah. Alasannya kereta rosak. Iyer la...malas nak tanya lebih2. Keesokannya hari, aku sengaja mencari jawapan untuk kesangsian itu. Dan hari ini, aku memberanikan diri bertanyakan kesangsian itu. Bagaimana sesuatu yang aku tidak suka berada hampir dengan kehidupan ku. Sesuatu yang aku sendiri tidak suka malah agama kita juga melarangnya kerana ia haram disisi agama kita. Aku penat.....dan bagaimana jika esok adalah hari terakhirku...

Wahai anak-anakku....jika kamu membaca coretan ibumu ini, jangan bersedih dan jangan marah. Inilah nukilan dan luahan hati ibumu...Hanya Allah yang selalu mendengar luahan hati mama. Semoga anak-anak mama menjadi anak-anak yang terbaik .

Tuesday, December 15, 2015

Stress di kala x kerja.

Kalau masuk sini mesti aku nak melambakkan cerita . Cuti tinggal 2 minggu lagi. Otak x cuti pon. Still bekerja dari last day sekolah till hari ini. Almaklum..namapun cikgu. Yang faham je yer...Yang x faham x yah meluat. Jadi cikgu dulu baru boleh meluat.Malas la nak citer tentang sekolah. Bila citer..mesti pikir..Bila pikir mesti stress. Maksudnya kerja aye ni kerja stress je. Sape soh...Kalau laki aye boleh tanggung semua, esok juga aye benti kerja. Apa nak buat. Anak2 tengah nak membesar. Banyak perbelanjaan diperlukan.

Minggu ni nak balik jumpa mak n abah. Rasa tak puas dok sana. Macam nak dok sana terus. Malas nak balik sini. Balik sini stress banyak. Hanya Allah sahaja yang tahu semuanya.
K bai.

Wednesday, September 16, 2015

Raya Haji 2015

Assalam.

Merancang untuk pulang ke Johor pada cuti sekolah next week. Plan dah diwawarkan kepada en. somi. Tapi dia x de rasa nak join pon dgn alasan x mau cuti sb rakan kerja nak tukar. Ermmmmm.....siapalah kita... Tup2 last week bgtau dia nak amik cuti balik Kedah. U c wat i tink...Don nuo if korang pikiaq mcm aku. Tapi mmg dia suka buat aku mcm x setuju dgn plan dia. Ok...1-1...Masa aku ajak...dia nak pentingkan keja....Pentinglah sangat. Menyampah..Entah la aku ni...sampai bila agaknya nak kena dok dlm rumah ni. Rasa bosan sebenonya. Nak kemana-mana...gunalah duit gaji walaupun namanya ada laki. Laki pulak sanggup berabis bukan sebab aku. Sebab perkara lain. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam hatiku. 

Memang teringin nak p join kuliah2 agama yang ada di masjid dan surau. Nak harapkan siapa lagi kalau x digagahkan kaki ni. Umur makin senja. Uban dah penuh. Tapi.....
Allah suka kalau kita berubah. Itulah...aku teringin berubah menjadi yang lebih baik ....mencari sesuatu kepuasan yang menenangkan diri dan emosi. Sebenarnya selalu sedih. Tapi x mau tunjuk kat kwn2...Nanti kwn2 korek cerita hidup aku. Terpaksa senyum n berpura2 yang hidup aku ni ok. Ok la sangat. 

Sesiapa yang ada membaca cerita di blog ku ini..baca je la..jangan sebarkan...

Wednesday, July 15, 2015

X ada feel nak ghaye.

Hari ni last posa. Cik somi bgtau msa iftar smlm, ptg ni kita sume balik kota. Tah knp hati ai ni mcm berat je nak beraya kat rmh mak sendiri. Smlm dah bagi tasks kat 3 askar muda kat rmh. So memasing wat kerja .Yang kecik p vakum. Kain baju basuh sidai, abg buat. Kakak p mop lantai. Ai...mandurrr... Papa dorang sibuk benau nak p keja awal. Dia pon mxm xdee hati nak raya. Persiapan ray pon stakat bg duit beli baju anak. Alhamdulillah dia bagi. Kalau x...makanya pelakon single mum ni la pelengkap segala.
Sejak kawin dah almost 20 tahun, dia xdee nye nak beli lauk pauk unruk raya. Bukan kena bli semua. At least bli la utk topap2. Ni xcited nak mkn free... Perjalanan pon nak free...Minyak tol kna sponsor. Itu yg tmbh xdee mood raya ai ni...Rasa biole x raya daripada ada rasa mnympah... Bila ai piki balik... Kena buat gak demi utk org yg melahirkn n mmbesarkn ai. Anak2 pon mood raya..w.pun ala kadar je...
Tetiba jadi sedih. Dia lngsung x tnya kbr ibunya yg sakit d kg. Mesti ibunya rindu. Ai as a mother pon mesti rsa bnde yg sama klau ank x tnya kabo kita.
Dah penat nak ingatkn. Nasib baik kkdng ank sndri mngingtkn.
Ptg ni mungkin geeak kol 5. Pastu sibuk bgtau iftar d luar. Xde reti nak diskus dgn ai mcmna nak iftar. Yg retinya main sebut..yg kluakn kos ai.. Penatla... Teringin nak bwa mknan balik rmh mak.. tu semua pon ai kna bli sndri sb my family side. Lg dia x peduli. Side family dia pon dia x peduli...lg ler side kita. Anak2 pon ai yg kna buat keputusan. Apa saja. Sb tu ai ni plakon single mum... Allah dah train ai lakukan semua perkara sendiri... Mungkin ini permulaan supaya ai jadi hambanya yg tabah dan kuat dlm menerima ujian dariNya. Hanya Allah yg tahu segalanya. Kbai.

Sunday, June 21, 2015

MIL

Semua orang yang telah berkahwin sudah semestinya mempunyai MIL. My MIL ni berumur dalam lingkungan 70. Masih boleh bergerak walaupun terbatas kerana mengalami Slip Disc sejak 3 bulan yang lalu. Memandangkan keadaannya yang tidak berapa sihat, anak2 rasa lebih baik MIL tinggal dengan anak2 sahaja.

Dalam durasi 3 bulan ini, pelbagai karenah MIL terpaksa dihadapi oleh anak menantu kebelakangan ini. Sikapnya yang kekadang keanakkan dan kepuraan seolah menagih perhatian dari anak2 nya. She was alone sejak abah pergi. Suka melayan emosi yang kadang kala sedih, rasa seperti tidak disayangi tidak diterima dan menyusahkan orang. Kadangkala sikap MIL menjengkelkan anak2 yang menjaganya.

Dalam durasi 3 bulan ini, my suami adalah orang yang paling akhir mengambil turn sebab kami adalah orang pisttt turn masa MIL mula sakit. Ai x berapa suka nak melayan MIL sebab suami pon x ready nak terima mmother dia. Lagila ai...Kalau anak sendiri malas nak layan dan jaga karenah mother dia, kenapa ai pulak kena jadi bibik nak buat semua. Tapi ...memandangkan ai ni bukannya kejam sangat...kikikikik...ai jagalah semampu ai je...Layan makan minum...layan sakit kaki dia, layang menyembang dan cuba buat sebaik mungkin.

Kita rewind balik ea..nak dijadikan cerita..Tu yang ai menulis ni..Somi ai bagitau MIL nak datang dalam jangkamasa terdekat tapi x tau bila. So kami xder la nak prepare tempat tido yang ala-ala VIP. Haa....kau amik la...Sape soh sampai pepagi buta. Kot yer pon...nak bertolak tu..bagitau ler...bukannya sosah pon...wassap jee... Kali ni...x kosa ai nak bangun sambut...buat macam-macam.Pepagi esok ai nak p koje. Jadi ai wat x tau jee...Sebelom g kije..ai x p masuk bilik MIL pon nak ngabokan diri. Menyampah n geram benonya.Sib baik si kecik x tido lam bilik tu. Jadi dorang terus tido.

Ai macam biasa la..Balik kije kol 3 lebih sebab amik budak sekolah. Balik-balik..ai ngabokan diri dan terus naik mandi. Almaklum...dah penat. Nak mengeram dulu. Nanti dah lurus urat-urat..baru ai turun. Dengo citer...pepagi dah jumpa somi..bagitau nak balik..Haiii...baru sampai kol 4 pagi...kol 6 sibuk nak balik dah.Yang tukang nganto pon satu. Yang dibawak beg bagasi tu ke hulu ke hilir kenapa la...Pastu melayang kerenah MIL. Korang balik je la...Pandai2 lah kami jaga.
Sebelum yang nganto MIL tu balik, ai kelua g mana ekk...lupa la....OOO... baru ingat..ai p London....eh Londang jumpa ank kesayangan..Hantar buku n fail. Sebab bujang senang tu lambat datang kat gate...maka lambat la ai balik. Lepas hantar fail n buku, kami pon balik. Sebelum tiba rumah, ai ngeteh dulu dgn si kecik kat Infasha..Makan ayam tandori dengan meggi goreng. Kemudian dah kira kenyang baru la kami balik.

Rupa-rupanya yang ngato tu nak balik. Tapi tunggu ai...Ai x soh tunggu...n ai x tau kalau korang lom balik. Soey la dik..Hakak lambat.Lepas je yang nganto tu balik...mula la MIL merengek sakit...merengek nak balik....merengek-merengek jek...sampai somi pon macam nak marah. Memang kena marah MIL dengan anak dia tu. Baru sampai dah sibuk nak balik. Baik toksah datang sini. Dahla jauh...duit macam air boleh beli seposen kat mesin gaknya. Dah koja ai plak nak kena layan..pujuk makan...tension la dgn somi ni....Xder rasa nak bertanggungjawab layan mak sendiri.

So ai decide...biola dia nak balik,,,nak dok dengan mana-mana anak ...mana-mana rumah yang dia suka,,janji jangan balik KEDAH. Jauh nun kalau somi nak menjengah nanti. Ai dah x sanggup topap p sana. Ai balik johor pon,,,topap sendiri...Namanya je ader laki...Kadang-kadang rasa menyampah pon hade. Memang Hade...Tu yang bertengko hari ni.

So MIL balik gak sudahnya...Balik KL...Kolumpo...Tempat orang kaya.Kami x kaya. Yang amik pon naik BMW..MIL laju jalan ...x der hencut pon...Alhamdulillah dia sihat. Kiranya kena bawak di jenjalan..gereti sihat selalu. Tadi somi bgtau, nak raya kat sini pulak. Ai x nak layan...n ai xnak prepare aper2...Lantak ko ler somi..mak ko...Sebab ko x pernah hargai aper  yang aku buat..So..better ai wat BODOH jekk....bio banyak hati sakit daripada hati ai sorang sakit.
K bai..