Thursday, December 19, 2013

Balik Utara

Sebenarnya aku dpt merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh dia. Tadi pagi dia menawarkan diri untuk menghantar kereta utk diservis. Pulang saja menceritakan total semua tanpa menunjukkan bil kpd ku. Bila aku nak keluar untuk ambil Ashraff di JPJ , minyak hampir kepada penunjuk oren.Aku bertanyakan knp dia x isi minyak.Alasannya petang nanti dia akan uruskan. Pulang aku dan Ashraf dlm pkl 4 ptg, dia sudah tiada drumah.Anak2 tidak tahu kemana ayah mereka keluar. Hingga sekarang pukul 1030 mlm..dia masih belum pulang. Aku ada menelefon pukul 9 tadi..Suaranya saja aku dah kenal dia berbohong. Ya Allah..berikan aku kekuatan untuk menerima dengan tabah. Sepatutnya esok, kami semua akn pulang ke Kedah..Anak2 tidak mahu ikut..Aku memahami tapi dlm mada yang sama aku khuatir jika perkara yg tidak diingini berlaku. Jadi aku hanya beritahu keputusan selepas bincang dgn dia. Dia langsung tidak menunjukkan kesungguhan terhadap perancangan esok. Hidupnya hanya untuk kerjaya sahaja. Aku mula rasa tidak sedap hati. Sebelum aku setuju utk mengikutnya pulang k kg...ada bbrp syarat yang perlu dia kotakan..Dan aku dpt rasakan..kelewatan mlm ini berkaitan tuntutan itu..Sejak bbrp prkara yang tidak dpt aku maafkan..aku seakan malas untuk balik k sana. Plan nak balik utara pon sebab aku nak ke Baling krn knduri kwn sekerja ku..

Monday, December 16, 2013

Rasa kecewa..hiba dan tiada orang yang memahami.

Pagi tadi k skola amil result UPKK.Adik dapat 7A1B. Syukur Allah..krn mmberikan kejayaan ini. Aku pernah berjanji untuk membelikan hadiah basikal Fixie jika dia dapat 8A. Tetapi dituntutnya juga basikal itu. Aku hnya memberikan jawapan inshaAllah bila mama dapat bonus.Ditanyanya lagi bila bonus akan dapat. Aku jawab bulan Mac. Sebenarnya bukan aku tiada wang untuk memberikan apa yang diminta anak2..Aku selalu memikirkan keutamaan. Mana yang perlu didulukan.Anak2 suka meminta sesuatu yang diluar kemampuan aku sorang.Itu yang membuatkan rada sedih dan kecewa. Anak2 tidak memahami keadaan bahawa aku bukan bergaji besar seperti orang lai. Ini kerana banyak keperluan yg trpaksa aku sediakan sebelim persekolahan bermula. Lelaki yg sepatutnya memikirkan keadaan ini hanya mampu mengagihkan sebahagian wangnyanya untuk bayaran hutang bodoh dan bajet untuk dia pulang kekampung menemui keluarganya.Sejak lahirnya anak2 sehinggalah meteka membesar..lelaki ini tidak pernah rasa bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan mereka. Wang gajiku perlu ku guna untuk bayaran keretaku sendiri yang kerapnya yg membawa kemana saja kami bergerak.Boleh dikatakan perbelanjaan ku tanggung sendiri..Aku bukan tidak memahami masalah lelaki ini..malah aku swring melengkapkan keperluan semata-mata untuk menjaga maruahnya sebagai seorang suami.Tapi..pengorbananku ini sememangnya tidak dihargai.Keadaan juga telah mula menular ke anak-anak dimana mereka juga tidak memahami dan menghargai ibu sendiri. Yang meteka tahu hanya menuntut itu dan ini.


I

Thursday, December 12, 2013

Tanggungjawab aku dan kau

.... "Selagi tanggungjawab tersebut dipenuhi oleh suami dan isteri, perkahwinan itu akan menjadi teratur dan utuh. Jadi untuk dapat memenuhi tanggungjawab masing-masing, suami dan isteri mesti mempunyai ‘iman’. Tanpa ‘iman seseorang tidak akan dapat memenuhi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami dan kontrak perkahwinan akan berakhir dengan perceraian.."

Aku ambil petikan itu dari sebuah laman web mengenai kajian dalam perkahwinan. Adakah kau tahu kesemua tanggungjawab ko terhadap aku dan anak-anak??? Tentunya tidak..kau membiarkan kami terumbang ambing , kami tidak selamat di dunia dan akhirat...Oh tidak..Kami mahukan kebaikkan di dunia dan akhirat. Aku juga sedar bahawa aku tidak sebaik Siti Aisyah. tetapi aku menyedari tanggungjawabku itu dan aku berusaha untuk menunaikannya. 

Setiap akhir tahun, dia mengulangi perkara yang sama. Tidak peduli dengan keperluan persekolahan anak-anak. Kami mempunyai 3 orang anak tetapi lagaknya seolah2 tidak mempunyai seorang anak pon. Kesemua persekolahan anak seakan-akan menjadi tanggungjawabku sebagai isteri dan ibu. Selama ini dia juga tidak mempedulikan tanggungjawab keatas diriku. kami hanya diberikan makan dan tempat tinggal yang mana aku yang menyempurnakannya menjadi kediaman yang selesa. Pakaianku...dalam dan luar...semuanya aku beli sendiri dari hasil wang gajiku. Aku redha kerana seawal perkahwinan lg aku terpaksa membeli sendiri segalanya dengan rahmat Allah. Aku dah terbiasa sehingga kini. Suaraku masih belum berakhir dengan kerap mengingatkan akan tugasnya sebagai suami , ayah dan yang paling penting "KETUA". 

Berbalik kepada petikan itu, sesungguhnya kami sememangnya tidak teratur dan utuh sejak dari dulu lagi. Perlukah aku menghormati dirinya kerana dia apla dan sering mengutamakan kerjayanya. Ibaratnya aku dan anak-anak dibiarkan mengharungi hidup seakan-akan tanpa dirinya. Banyak perkara yang tidak ditunaikan keatas kami. Aku seperti ibu tunggal. Segalanya terpikul dibahu ku. Aku sering memohon kekuatan itu dari Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Aku sendiri menjadi buntu. Anak-anak semakin membesar dan mula kelihatan mewarisi sikap ku dan sikap dia. Sikap ku yang pemarah dan suka memberontak berbanding sikapnya yang memberontak dalam senyap. Penipu....18 tahun usia perkahwinan ini...aku hanya ditarbiah dengan penipuannya. Aku ada HBP pon sebab stress yang amat dengan dirinya. Jika aku sakit, aku sendiri yang membayar bil. jadi dimana hak aku sebagai seorang isteri. Nak membimbing aku kepada jalan yang diredhai Allah....tidak pernah sama sekali. Aku hanya menyedari aku sebagai seorang Islam dan isteri dan aku mesti tahu akan tanggungjawab itu. Aku memohon dari Allah agar menjadikan aku insan yang disayangiNya. Insan yang diberikan Hidayah..dirahmati dan dipimpin kepada jalan kebenaran . Dan itulah peringatan aku kepada anak-anak. Sedih sangat2 sebab "ketua" dalam kehidupan kami tidak suka memberikan peringatan ke Jalan Allah. 

Aku berharap sekiranya ada dikalangan di luar sana membaca ceritaku ini, aku mohon doa kalian. Hanya Allah yang akan membalas kebaikkan kalian itu. 

Luahan hati

Banyak post dalam ruangan ini mengenai luahan hati ku.Sealin Allah..emak n anak2...tempat inilah aku berkhalwat menyatakan rasa hati.Tika jari ini memilih huruf2 pada note..hatiku hiba..sedih dan kecewa.Aku ibarat insan yang tidak mendapat perhatian..bimbingan ..peringatan dari org yg paling dekat dgn ku. Selalunya aku hanya berbisik d dlm hati dan meminta kekuatan itu dari Yg Maha Esa. Hanya Dia yang mengatur segalanya.

Monday, December 2, 2013

Bersama


Sekarang ni kalau x d ajak..cik abe wat x tau je...kna pelawe...barula klua dari tmpt persembunyian aku...Klau x..kami dok kat rumah je la...Semua aturan kesana sini aku yg kena pikirkan.Dah mcm ibu tunggal.