Friday, September 2, 2016

BERBELAH HATI MENGENANGKAN MASA MENDATANG

Lama sudah tidak kemari meluahkan rasa hati. Sepemergiannya ke PRC, aku cuba untuk memperbetulkan keadaan walaupun sebenarnya hati ini telah tawar dengan kehidupan di sini. mengenangkan anak-anak bersama, membuatkan aku seakan berkorban apa sahaja untuk mereka walaupun kadangkala hatiku disakiti. Sebagai ibu, aku bangkit seawal pagi menyediakan makanan alas perut sebagai bekal kakak dan adik. Asraf ku tinggalkan diatas meja. Bangun entah pukul berapa. Tengahari agaknya. Hampir setiap hari, subuhnya aku kejutkan sewaku enam setengah. Itu pun belum terus bangkit berwuduk.
Ashraff telah ke USM pada 28 Ogos lalu. Dalam masa sebelum pendaftarannya, aku terpaksa melakukan persediaan dari semua keperluan. Ya. Seperti Ashraff tidak mempunyai bapa. Apakan daya. Ini bahagian kita nak. Janganlah hampakan pengorbanan ini. Mama kena ikhlaskan walaupun berat hati kerana sepatutnya bapamu yang bertanggungjawab menyediakan segalanya. Berapa banyak rezeki yang Allah berikan dalam bentuk gaji mama setiap bulan, kita kongsi2 dengan rumah, mama, kakak dan adik. Gaji mama untuk masa depan anak-anak. Kita berdoa semoga gaji tersebut sentiasa mencukupi untuk keperluan kamu. Mama juga tak tau kalau mama x cukup duit untuk cari di mana. Setiap rezeki Allah berikan, mama simpan sedikit untuk kamu..untuk tabung mama....

Ini rekod perbelanjaan sebelum Ashraff ke USM.
Pendaftaran online   1400
Laptop printer          1700
acc bimb                   150
asrama                       500
basikal                      100
keperluan                  500
moto                         200
tayar                         150
lain2......x ingat

Fotostat sijil2 dan maklumat lain. Baru ku tahu potongan gajinya untuk angkasa hampir separuh keseluruhan gajinya. Untuk apa dia melakukan pinjaman itu. Apa hasilnya. Selama bertahun, dia menipu slip gaji yang ditunjukkan kepadaku. Patutlah rezekinya tidak pernah lekat walaupun ratusan ribu dikorbankannya. Hanya Allah yang mengetahui kemana wang itu. 

Gaji bulan ni semua sangkut nak bayar bil. Bank call aku di sekolah. Sampai hatinya. Hidup hanya nak senang dengan kesusahan orang lain. Sekarang x boleh ditegur. Dapat duit gaji x bahagi-bahagikan untuk bayaran utiliti. Semua perkara aku kena selesaikan.

Perkara yang aku dah ingatkan bulan demi bulan sehingga lebih 5 tahu. Cukai pintu dan seangkatan dengannya. Bayangkan rumah anda disita kerana tidak membayar cukai pintu sejak anda mendudukinya. Semua cukai berkaitan tidak dibayar. Aku dan anak-anak tinggal di situ. Malu kan. Jiran-jiran nampak stiker sita tu. Mana aku nak letak muka. Semua perkara yang memalukan berlaku ketika ketiadaannya.

Yang pertama seingat aku, pintu rumah diketuk dengan kuat. Ketika itu aku sedang masak. Mereka datang nak tarik kancilku kerana sudah 3 bulan tidak dibayar. Setiap bulan akau berikan 450 untuk ansuran kancil. Kemana pergi wang tersebut. Puas aku bertengkar dengan mereka beria2 aku katakan kereta tersebut berbayar. Malu aku ketika itu ketika mereka menunjukkan statement pembayaran . Dia ku telepon tidak dapat dijejaki. Hancur luluh hatiku. Tanpa menyelesaikan tugas di dapur, aku terus keluar membawa anak-anak mencari ketenangan. Hampir pukul 10 malam baru dia berani pulang ke rumah. 

Yang kedua, Dia berpindah ke kuala lumpur. Hujung minggu sahaja balik ke Melaka. Rupa-rupanya ada 2 orang telah lama memerhatikan rumah kami. Dia tidak membayar ansuran bulanan motor hampir 6 bulan. Ketika itu, dia juga tiada di rumah. Mereka meminta kunci , lalu dengan rela aku memberikannya.Dan mereka membawa motor iru pergi. Malu lagi aku dengan jiran. Apa nasibku kan.

Kali ketiga. Hari minggu orang TNB datang kerumah. Dia juga tiada. Mereka masuk memeriksa segala perkakasan elektrik kerana menerima aduan bil api rumah kami sangat sedikit kerana meter diubahsuai. Aku lagi yang malu dengan mereka. Aku terpaksa berhadapan dengan perkara-perkara yang bukan aku puncanya. tetapi aku yang menghadapinya. 

Kali ke empat. Ketika itu ibu mertua berada di rumah adiknya di Gombak. Sekali lagi aku dimalukan. Mertua memang irihati dengan aku kerana jarang ke rumahnya. Sebaliknya aku sering ke rumah ibu di Johor. Aku x pernah minta wang anakmu untuk melihat anaknya di Johor. Aku kerap berkursus dan mengambil keputusan meninggalkan anak-anak di sana. Jadi suamiku tidak susah kerana dia acap kali memberitahu akan kesibukannya dan kekangannya untuk menguruskan anak-anak. Jadi aku sahaja yang pulang untuk menjenguk anak-anak. Itu pun salah????Ketika itu teringin sahaja aku menjawab. Tapi aku masih waras. Hidup mesti hormat kepada yang lebih tua.

Sebenarnya banyak insiden2 yang betul2 mengecewakan dan memalukan aku. Akan ku sambung untuk sesi kedua.

No comments:

Post a Comment