Thursday, January 24, 2013

Tipah tertipu

Aku nak kawin dengan orang yang bertanggungjawab. Tak kaya pun x per..janji jangan tipu aku. Memang masa tu aku sangat marah, sangat sedih dan sangatttttttttt keciwaaaaaaaaaaaaa. Mana x nyee...duit yang aku beri utk baya keta dgn bil digunakannya untuk kepentingan dirinya.Bila aku tanya macam2 helahnya. Masa tu aku memang dah hilang kepercayaan walaupun belum sepenuhnya. Bayangkan aku tengah masak untuk makan malam, tetiba pintu rumah diketuk dengan kuat seperti nak roboh.Jiran2 semua mesti dengar. Mereka datang nak tarik kancil. Mereka kata aku dah x bayar 3 bulan. X bayar????????? Mana pergi duit aku 3 bulan tu..korang pun mesti sedih kalau kena tipu. Aku bukan kena tipu sebab laki aku main kayu 3, tapi dia mainkan kepercayaan aku. Masa tu aku x tau nak minta tlg kat siapa sebab suami durjana x dapat dihubungi sehingga ke malam. Org bonzer yg dtg tu suh aku bya duit mereka kalau aku x nak bagi keta kena tarik. Lepas aku baya Rm100, sebab aku ada cash banyak tu jee..Aku bawa asraff n anis keluar. Aku nangis sorang2  sambil meluahkan perasaan pada anak2 aku yang kecik. Aku nak bercerai je..X guna punya laki. Bila nak magrib aku balik sb anak2 aku nak minum susu. Bila sampai rumah, suami durjana pun belum sampai lagi. Pukul 10.30 mlm baru balik. Macam2 alasan dia beri. korang pun boleh agak apa jadi kan. Dia xnak ceraikan aku n janji akan berubah. Aku ni bodoh sampai la sekarang sb masih lagi kena tipu. Korang tau x...aku yang terpaksa setel bayaran yg tertunggak tu. Namun dia nak bayar balik, jgn harapla...Kenapa ya aku masih lagi bersamanya. Dalam doaku selepas sembahyang, aku pohon kepada Allah agar memberikan aku peluang sekiranya dia masih lagi suamiku , semoga dia berubah, sekiranya tidak, aku redha. Bila balik kampung atau ada family gathering, aku jadi malu dengan sikapnya yang lebih suka temberang daripada menunjukkan realiti. Tapi aku rasa dah memang keturunan dia macam tu. Aku x anggap diriku aku ni baik, tapi aku x la menipu sampai menyusahkan orang lain.

No comments:

Post a Comment