Monday, December 16, 2013

Rasa kecewa..hiba dan tiada orang yang memahami.

Pagi tadi k skola amil result UPKK.Adik dapat 7A1B. Syukur Allah..krn mmberikan kejayaan ini. Aku pernah berjanji untuk membelikan hadiah basikal Fixie jika dia dapat 8A. Tetapi dituntutnya juga basikal itu. Aku hnya memberikan jawapan inshaAllah bila mama dapat bonus.Ditanyanya lagi bila bonus akan dapat. Aku jawab bulan Mac. Sebenarnya bukan aku tiada wang untuk memberikan apa yang diminta anak2..Aku selalu memikirkan keutamaan. Mana yang perlu didulukan.Anak2 suka meminta sesuatu yang diluar kemampuan aku sorang.Itu yang membuatkan rada sedih dan kecewa. Anak2 tidak memahami keadaan bahawa aku bukan bergaji besar seperti orang lai. Ini kerana banyak keperluan yg trpaksa aku sediakan sebelim persekolahan bermula. Lelaki yg sepatutnya memikirkan keadaan ini hanya mampu mengagihkan sebahagian wangnyanya untuk bayaran hutang bodoh dan bajet untuk dia pulang kekampung menemui keluarganya.Sejak lahirnya anak2 sehinggalah meteka membesar..lelaki ini tidak pernah rasa bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan mereka. Wang gajiku perlu ku guna untuk bayaran keretaku sendiri yang kerapnya yg membawa kemana saja kami bergerak.Boleh dikatakan perbelanjaan ku tanggung sendiri..Aku bukan tidak memahami masalah lelaki ini..malah aku swring melengkapkan keperluan semata-mata untuk menjaga maruahnya sebagai seorang suami.Tapi..pengorbananku ini sememangnya tidak dihargai.Keadaan juga telah mula menular ke anak-anak dimana mereka juga tidak memahami dan menghargai ibu sendiri. Yang meteka tahu hanya menuntut itu dan ini.


I

No comments:

Post a Comment